Haha giler la. Sedar tak sedar, da 7 bulan berlalu. Di kesempatan ni, saya nak mengucapkan selamat tahun baru pade semua yg melawat blog ni. Klo nk ckap psal azam, mestilah nk jadi lebih baik dari tahun2 sblmnye kn. Just wish this year will be better and great for us
Friday, January 7, 2011
Wednesday, May 19, 2010
Helluuu
It's been a long time i'm not touch my blog. Feel so damn lazy though =( i don't even know if anyone read & follow my blog anymore. Well i'll try to update it when i have time. To everyone that read my blog ,thanks and goodluck in your life
Posted by CMI at 11:21 AM 6 comments
Monday, May 3, 2010
Statement Saksi Kes Bunuh Budak 15 Tahun (Aminul Rasyid)
Posted by CMI at 11:56 PM 1 comments
Saturday, April 17, 2010
Al-Fatihah Untuk Achik Spin
Posted by CMI at 10:39 PM 0 comments
Friday, April 16, 2010
Internet Speed Comparism
Ni internet speed kat beberapa negara luar


Nie beberapa internet speed dalam kategori wow & hampir perfect




Dan ni internet speed kat Malaysia


We need more better connection though. Both internet speed kat atas ni adalah speed Streamyx. Aku da pernah try Celcom & Maxis broadband sblum ni & i can say ,dua2 broadband tu lagi teruk dari Streamyx. Prob internet service kat Malaysia ni lebih pada stability. Klo dulu internet speed Streamyx boleh tahan stabil lagi tapi sekarang makin teruk lak. Maybe sebab customer diorang pon dah makin bertambah. Pertambahan customer tu tak seiring dngan peningkatan service. Just for comparism. Enjoy!~
Posted by CMI at 11:44 AM 0 comments
Thursday, April 15, 2010
Finally
Selepas lebih 3 minggu download file ni ,settle gak akhirnya. File yg aku download ni video konsert Rammstein kat France ,London ,Jepun & Moscow ataupun lebih well known as Volkerball Event. Size file ni memang gedabak besar. Lebih 4gb kot. Da la aku terpaksa download file ni pkai torrent jer. Torrent faham2 la ,speed die tak cam IDM. Tapi berbaloi gak la tunggu. Kualiti video ni pon agak tinggi gak. Nasib baik file ni tak buat hal. Kalo tak memang bikin panas hati!!
Posted by CMI at 1:54 PM 0 comments
Sunday, April 4, 2010
Musim Mencabar Bermula

Start with quiz ,then test & end with final exam. Musim yang memerlukan kosentrasi dari aku dah pon bermula. Aiya boleh ke aku nak fokus study ni. Nak tak nak ,kena cuba gak la. Alang2 da last sem sebelum praktikal ni ,better pulun sampai abes. Challenges pling besar nak kekalkan motivasi & mood study ni. To everyone ,goodluck for me
Posted by CMI at 12:36 PM 3 comments
Friday, April 2, 2010
Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi yang baru kembali ke Rahmatullah. Cam tak sangke lak bila dengar berita ni. Din Beramboi nie pergi time nama dia tengah naik lagi. Dia baru jer buat talk show sendiri kot. Alih2 dah tak de. Dak2 yang selalu follow riuh pagi Era maybe lagi terasa kot kehilangan Din ni. Tapi ni sume ketentuan tuhan.Mungkin Allah lebih menyayangi arwah. We'll miss your action Pak Din
Posted by CMI at 9:12 AM 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
Bahaya Rokok

Kat ruangan nie aku nak list kesan merokok terhadap kesihatan. Semua orang mesti tahu kan yang merokok ni tak elok untuk kesihatan tapi tabiat ni makin popular lak lagi2 pada generasi muda. Nie antara beberapa kesan negatif merokok :-
Just for sharing. Sharing is caring you know hehe
- Barah paru-paru
 - Kelelahan akibat COAD dan emphysema
 - Sakit jantung iskaemia
 - Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
 - Kanser pundi kencing
 - Air mani tidak normal
 - Lemah ingatan
 - Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
 - Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
 - Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
 - Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
 
Posted by CMI at 1:19 PM 3 comments
Din Beramboi Sakit

Time aku belek2 blog Mazidul (999)  ,tetibe aku terbace post die mengenai pelawak popular negara nie. Ahmad Fuad Mior Badri atau nama popularnya "Din Beramboi" sedang bertarung nyawa kerana terkena jangkitan kuman air kencing tikus dan demam denggi berdarah. Keadaan Din Beramboi dilaporkan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam badan & buah pinggang Din gagal berfungsi. Aku ni minat gak tengok lawak Din Beramboi ni even sesetengah orang tak dapat terima sebab lawak Din nie kasar sangat. Tapi bagi aku ,open minded jer la. Kalo kita sensitif sangat ,nak buat apa pon tak boleh. Bila dengar berita nie ,taching gak. Ramai gak makan hati sebab tak dapat dengar lagi celoteh Din & Aznil dalam riuh pagi Era. Papepon ,aku just wish semoga Allah panjangkan umur Din Beramboi ni. Amin
Posted by CMI at 12:55 PM 0 comments
Michael Jackson
Aku sebenarnya dah lama tak layan lagu mamat ni. Yang aku tengok ,mamat nie famous sebab kisah hidup dia yang pelik2. Time dia dah mati tahun lepas pon ,aku tak der la miss sangat performance dia. Aku layan lagu MJ ni dulu pon time sekolah rendah dulu kot ,time MJ nie buat movie musical sendiri (Ghost). Aku memang minat giler gak movie ni time kecik2 dulu. Banyak kali gak la aku repeat tengok movie ni dulu. Tapi bila aku usha2 kat youtube & layan balik lagu2 famous mamat ni ,cambest lak. MJ nie bagi aku unik sebab bila dia nyanyi ,die punya feel & emosi dia tu memang terasa. Kalau tengok performance live dia lagi best. Kat atas nie ada video performance MJ time dia buat live kat Munich tahun 1997. Layan~
Posted by CMI at 12:45 PM 0 comments
Khasiat Air Kosong

Aku rasa mesti dah ramai tahu betapa pentingnya minum air kosong nie tapi mungkin ramai lagi yang tak tahu detail2 khasiat air ni..Seperti yang kita semua tahu ,pengamalan minum air kosong 7 hingga 8  gelas setiap hari adalah baik untuk singkirkan toksid melalui 'sistem  perkumuhan' & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Amalan ni juga  dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas  kalori, kafein dan bahan kimia.
Selain daripada tu, air kosong dapat bantu kita mendapatkan tubuh badan yang kekal langsing,  kulit yang cerah serta bebas dari jerawat. Tapi secara realistiknya ,tak ramai lagi orang yang praktikkan minum air sampai 8 gelas sehari ni lagi2 dari orang Melayu. Mungkin nie berkaitan mindset atau budaya orang Melayu jugak yang nak jaga muka tak bertempat. Kalau kat sekolah tu ,dak2 yang bawak botol air besar tu selalu kena label "nerd" or semangat tak bertempat. Walhal dak2 yang kecoh tu bodoh sombong & tak larat nak gendong botol air. Orang Cina rilek jer bawak botol besar hari2 pergi sekolah. Ada pendapat mengatakan tu salah satu punca kenapa diorang cergas & cerdas kat sekolah .
Japanese Medical  Society berjaya membuktikan amalan minum air kosong sebaik bangun tidur  setiap pagi mampu memulihkan penyakit termasuk srius. Antaranya: sakit  kepala, sakit badan, sistem jantung. arthiritis, degupan jantung pantas,  epilepsi, high kolesterol, bronchitis, TB, meningitis, buah pinggang  dan jangkitan pada air kencing. Peraturan bagi memastikan  keberkesanannya adalah:
- Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi & sebelum memberus gigi.
 - Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa2 untuk 45minit.
 - Selepas 45minit anda boleh makan & minum seperti biasa.
 - Selepas 15minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2jam.
 - Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum 4 gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai 4 gelas sehari.
 - Kedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
 
- high blood pressure- 30hari
 - gastric- 10hari
 - diabetes- 30hari
 - sembelit- 10 hari
 - cancer- 180hari
 - TB- 90hari
 
Posted by CMI at 12:12 PM 2 comments
Petua Kurus

Ok kat ruangan nie ,aku kongsi sikit petua diet dan mengelakkan kegemukan..Aku tengok ramai mamat2 or minah2 kat luar tu diet dengan cara salah ,mostly tak makan..Badan kita sentiasa perlukan tenaga ,so dengan berlapar sepanjang hari tu bukan cara yang baik..Nie antara beberapa petua :-
1.   JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita  menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan  terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan  makanan. Ini menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila kita tidak tahan berlapar, pada   kebiasanya kita akan makan dengan  lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan makanan anda  telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi  rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama  lagi
2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur  beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit  dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan  asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh   menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan kita  secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma simpanan lemak di  dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air,  pasti kita tidak akan makan  dengan banyak.
4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya   mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.
5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi  menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna  badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang  disebabkan  air.
6.   AMBIL SARAPAN  PAGI
Kita juga boleh menurunkan berat badan  dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak  mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan  mereka yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi  menstabilkan hormone dan  paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima  juga meningkat untuk membakar  kalori.
7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan  perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara  perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan  kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia  lebih mudah dihadam.
9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan  hanya sekali, dua tetapi  dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika kitaterasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah  gigi atau kunyahlah gula- gula getah.  Rasa mint atau berangin di  mulut akan membantutkan selera kita.
11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan . Kalau  boleh, usah ada di dalam peti   ais .
12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis  atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak.  Mintalah minuman yang kurang  gula.
13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin,  mineral  dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan setiap  hari  kerana kita tidak akan  nampak perubahannya. Jika kita minum banyak, dan waktu itu kita  timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin kita akan berputus   asa untuk berdiet .
16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh  adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak  mengandungi karbohidrat   kompleks, protein, vitamin, mineral dan  sedikit lemak.
Selamat berdiet dan mengempiskan lemak di perut ,peha ,muka dan tangan..badan sihat ,hidup ceria
Posted by CMI at 11:36 AM 0 comments
Monday, March 29, 2010
Quote Of The Day
Jom usha quote2 ni untuk renungan bersama
LIFE
1) A man who dares to waste one hour of time has not  discovered the value of life (Charles Darwin)
2) All life is an experiment. The more experiments you  make the better(Ralph Waldo Emerson)
BUSINESS
1) A business that makes nothing but money is a poor  business (Henry Ford)
2) All lasting business is built on friendship (Alfred A. Montapert)
LOVES
1) A baby is born with a need to be loved - and never  outgrows it (Frank Howard Clark)
2) A very small degree of hope is sufficient to cause  the birth of love (Henri B. Stendhal)
FRIENDSHIP
1) A friend is one who knows you and loves you just the  same (Albert Hubbard)
2) A true friend never gets in your way unless you  happen to be going down (Arnold H. Glasow)
DREAM
1) All our dreams can come true, if we have the courage  to pursue them (Walt Disney)
2) Dreams are today's answers to tomorrow's questions (Edgar Cayce)
Posted by CMI at 10:15 PM 0 comments



