BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 7, 2011

Last post - May 2010

Haha giler la. Sedar tak sedar, da 7 bulan berlalu. Di kesempatan ni, saya nak mengucapkan selamat tahun baru pade semua yg melawat blog ni. Klo nk ckap psal azam, mestilah nk jadi lebih baik dari tahun2 sblmnye kn. Just wish this year will be better and great for us

Wednesday, May 19, 2010

Helluuu

It's been a long time i'm not touch my blog. Feel so damn lazy though =( i don't even know if anyone read & follow my blog anymore. Well i'll try to update it when i have time. To everyone that read my blog ,thanks and goodluck in your life

Monday, May 3, 2010

Statement Saksi Kes Bunuh Budak 15 Tahun (Aminul Rasyid)

Kalau betul apa yang budak ni cerita ,polis tu mmg patut kena tindakan tegas. Tapi apa pon ,jangan jadikan isu ni point untuk rendahkan institusi polis. Memang ramai polis yang makan rasuah dan salah guna kuasa tapi jasa polis kat negara ni banyak gak. Jangan sebab nila setitik ,rosak susu sebelanga. Aku hrap kes ni dapat dihakimi dengan seadilnya. Kalau tak ,memang makin busuk la nama industri kehakiman kat Malaysia ni

Saturday, April 17, 2010

Al-Fatihah Untuk Achik Spin


Tak reda lagi dengan berita pemergian Allahyarham Din Beramboi ,Achik Spin pula meninggal dunia. Achik Spin meninggal kerana kemalangan jalan raya pada petang tarikh post ini dibuat di Lebuh Raya Seremban -Kajang berhampiran Perhentian Nilai PLUS. Al-Fatihah untuk arwah

Friday, April 16, 2010

Internet Speed Comparism

Ni internet speed kat beberapa negara luar
















Nie beberapa internet speed dalam kategori wow & hampir perfect

















Dan ni internet speed kat Malaysia







We need more better connection though. Both internet speed kat atas ni adalah speed Streamyx. Aku da pernah try Celcom & Maxis broadband sblum ni & i can say ,dua2 broadband tu lagi teruk dari Streamyx. Prob internet service kat Malaysia ni lebih pada stability. Klo dulu internet speed Streamyx boleh tahan stabil lagi tapi sekarang makin teruk lak. Maybe sebab customer diorang pon dah makin bertambah. Pertambahan customer tu tak seiring dngan peningkatan service. Just for comparism. Enjoy!~

Thursday, April 15, 2010

Finally


Selepas lebih 3 minggu download file ni ,settle gak akhirnya. File yg aku download ni video konsert Rammstein kat France ,London ,Jepun & Moscow ataupun lebih well known as Volkerball Event. Size file ni memang gedabak besar. Lebih 4gb kot. Da la aku terpaksa download file ni pkai torrent jer. Torrent faham2 la ,speed die tak cam IDM. Tapi berbaloi gak la tunggu. Kualiti video ni pon agak tinggi gak. Nasib baik file ni tak buat hal. Kalo tak memang bikin panas hati!!

Sunday, April 4, 2010

Musim Mencabar Bermula


Start with quiz ,then test & end with final exam. Musim yang memerlukan kosentrasi dari aku dah pon bermula. Aiya boleh ke aku nak fokus study ni. Nak tak nak ,kena cuba gak la. Alang2 da last sem sebelum praktikal ni ,better pulun sampai abes. Challenges pling besar nak kekalkan motivasi & mood study ni. To everyone ,goodluck for me

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah


Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi yang baru kembali ke Rahmatullah. Cam tak sangke lak bila dengar berita ni. Din Beramboi nie pergi time nama dia tengah naik lagi. Dia baru jer buat talk show sendiri kot. Alih2 dah tak de. Dak2 yang selalu follow riuh pagi Era maybe lagi terasa kot kehilangan Din ni. Tapi ni sume ketentuan tuhan.Mungkin Allah lebih menyayangi arwah. We'll miss your action Pak Din

Wednesday, March 31, 2010

PErghH


Setelah 3 bulan mengupdate post ,siap gak akhirnya..Puas hati aku haha

Bahaya Rokok


Kat ruangan nie aku nak list kesan merokok terhadap kesihatan. Semua orang mesti tahu kan yang merokok ni tak elok untuk kesihatan tapi tabiat ni makin popular lak lagi2 pada generasi muda. Nie antara beberapa kesan negatif merokok :-

  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Just for sharing. Sharing is caring you know hehe

Din Beramboi Sakit


Time aku belek2 blog Mazidul (999) ,tetibe aku terbace post die mengenai pelawak popular negara nie. Ahmad Fuad Mior Badri atau nama popularnya "Din Beramboi" sedang bertarung nyawa kerana terkena jangkitan kuman air kencing tikus dan demam denggi berdarah. Keadaan Din Beramboi dilaporkan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam badan & buah pinggang Din gagal berfungsi. Aku ni minat gak tengok lawak Din Beramboi ni even sesetengah orang tak dapat terima sebab lawak Din nie kasar sangat. Tapi bagi aku ,open minded jer la. Kalo kita sensitif sangat ,nak buat apa pon tak boleh. Bila dengar berita nie ,taching gak. Ramai gak makan hati sebab tak dapat dengar lagi celoteh Din & Aznil dalam riuh pagi Era. Papepon ,aku just wish semoga Allah panjangkan umur Din Beramboi ni. Amin

Michael Jackson


Aku sebenarnya dah lama tak layan lagu mamat ni. Yang aku tengok ,mamat nie famous sebab kisah hidup dia yang pelik2. Time dia dah mati tahun lepas pon ,aku tak der la miss sangat performance dia. Aku layan lagu MJ ni dulu pon time sekolah rendah dulu kot ,time MJ nie buat movie musical sendiri (Ghost). Aku memang minat giler gak movie ni time kecik2 dulu. Banyak kali gak la aku repeat tengok movie ni dulu. Tapi bila aku usha2 kat youtube & layan balik lagu2 famous mamat ni ,cambest lak. MJ nie bagi aku unik sebab bila dia nyanyi ,die punya feel & emosi dia tu memang terasa. Kalau tengok performance live dia lagi best. Kat atas nie ada video performance MJ time dia buat live kat Munich tahun 1997. Layan~

Khasiat Air Kosong


Aku rasa mesti dah ramai tahu betapa pentingnya minum air kosong nie tapi mungkin ramai lagi yang tak tahu detail2 khasiat air ni..Seperti yang kita semua tahu ,pengamalan minum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk singkirkan toksid melalui 'sistem perkumuhan' & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Amalan ni juga dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.

Selain daripada tu, air kosong dapat bantu kita mendapatkan tubuh badan yang kekal langsing, kulit yang cerah serta bebas dari jerawat. Tapi secara realistiknya ,tak ramai lagi orang yang praktikkan minum air sampai 8 gelas sehari ni lagi2 dari orang Melayu. Mungkin nie berkaitan mindset atau budaya orang Melayu jugak yang nak jaga muka tak bertempat. Kalau kat sekolah tu ,dak2 yang bawak botol air besar tu selalu kena label "nerd" or semangat tak bertempat. Walhal dak2 yang kecoh tu bodoh sombong & tak larat nak gendong botol air. Orang Cina rilek jer
bawak botol besar hari2 pergi sekolah. Ada pendapat mengatakan tu salah satu punca kenapa diorang cergas & cerdas kat sekolah .

Japanese Medical Society berjaya membuktikan amalan minum air kosong sebaik bangun tidur setiap pagi mampu memulihkan penyakit termasuk srius. Antaranya: sakit kepala, sakit badan, sistem jantung. arthiritis, degupan jantung pantas, epilepsi, high kolesterol, bronchitis, TB, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Peraturan bagi memastikan keberkesanannya adalah:

  1. Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi & sebelum memberus gigi.
  2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa2 untuk 45minit.
  3. Selepas 45minit anda boleh makan & minum seperti biasa.
  4. Selepas 15minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2jam.
  5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum 4 gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai 4 gelas sehari.
  6. Kedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  • high blood pressure- 30hari
  • gastric- 10hari
  • diabetes- 30hari
  • sembelit- 10 hari
  • cancer- 180hari
  • TB- 90hari
Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.So lepas2 nie ,kerap2 la minum air k. Majulah air kosong untuk badan yang sihat hehe

Petua Kurus


Ok kat ruangan nie ,aku kongsi sikit petua diet dan mengelakkan kegemukan..Aku tengok ramai mamat2 or minah2 kat luar tu diet dengan cara salah ,mostly tak makan..Badan kita sentiasa perlukan tenaga ,so dengan berlapar sepanjang hari tu bukan cara yang baik..Nie antara beberapa petua :-

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila kita tidak tahan berlapar, pada kebiasanya kita akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti kita tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Kita juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika kitaterasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera kita.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan . Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais .

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan setiap hari kerana kita tidak akan nampak perubahannya. Jika kita minum banyak, dan waktu itu kita timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin kita akan berputus asa untuk berdiet .

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Selamat berdiet dan mengempiskan lemak di perut ,peha ,muka dan tangan..badan sihat ,hidup ceria

Monday, March 29, 2010

Quote Of The Day

Jom usha quote2 ni untuk renungan bersama

LIFE
1) A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life (Charles Darwin)
2)
All life is an experiment. The more experiments you make the better(Ralph Waldo Emerson)


BUSINESS
1)
A business that makes nothing but money is a poor business (Henry Ford)
2)
All lasting business is built on friendship (Alfred A. Montapert)


LOVES
1)
A baby is born with a need to be loved - and never outgrows it (Frank Howard Clark)
2)
A very small degree of hope is sufficient to cause the birth of love (Henri B. Stendhal)


FRIENDSHIP
1)
A friend is one who knows you and loves you just the same (Albert Hubbard)
2)
A true friend never gets in your way unless you happen to be going down (Arnold H. Glasow)


DREAM
1)
All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them (Walt Disney)
2)
Dreams are today's answers to tomorrow's questions (Edgar Cayce)